cityaku

Sunday, 23 November 2014

Weekend

Setiap minggu, aku menghabiskan hampir separuh hari di UKM. Bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga kelas terakhir pada pukul 4-5 petang. Semua kelas atau dewan kuliah aku adalah terletak di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Aku bernasib baik kerana lokasi tempat tinggal adalah berdekatan dengan UKM. Jadi mudah untuk aku menguruskan waktu bersama keluarga dan pelajaran. Berbeza dengan rakan-rakan yang lain, ada yang datang dari Ipoh, Johor , Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya. Tapi inilah di antara cabaran sebagai pelajar separuh masa.

Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP) UKM

No comments:

Post a Comment