Sambil menunggu sepak mula di antara Malaysia vs Thailand petang ni, kita imbas kembali sejarah piala ini. Kejohanan Bola Sepak ASEAN (dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger) atau Piala Suzuki merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN untuk pasukan bola sepak kebangsaan di Asia Tenggara. Singapura mendominasi sebanyak empat kali gelaran kejuaraan, Thailand tiga kali, manakala Malaysia dan Vietnam masing-masing menjuarai sekali. Kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 pada tahun ini merupakan edisi kesepuluh Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Ianya masih ditaja oleh Suzuki.Tuan rumah untuk edisi kali ini dianjurkan bersama oleh Singapura dan Vietnam dan akan berlangsung dari 22 November hingga 20 Disember 2014.

Stadium Nasional Singapura Stadium Jalan Besar


Stadium Nasional My Dinh Stadium Hàng Đẫy
No comments:
Post a Comment