Pertama
sekali saya bersyukur kepada Allah S.W.T di atas segala kurniaannya dan
mempunyai kehidupan yang sempurna. Alhamdulillah, saya telah diberi berpeluang
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Buat masa ini saya sedang
melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
Dengan Kepujian (BBA Hons) di Universiti Kebangssan Malaysia (UKM) di Bangi.
Segala proses pendaftaran telah pun selesai pada 27 September 2014 yang lalu.
Bertempat di DECTAR UKM, proses pendaftaran telah berjalan dengan lancar. Maka
bermulalah kehidupan baru saya sebagai seorang pelajar di UKM.
Sebenarnya niat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah ini telah bermula sejak tamatnya pengajian di peringkat Diploma pada tahun 2010. Namun ia terpaksa ditangguhkan dahulu atas beberapa faktor seperti perkahwinan, tanggungjawab kepada keluarga selain daripada komitmen kerja. Namun, akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki sebagai seorang pelajar di UKM ini. Kehidupan sebagai seorang pelajar separuh masa ini amat mencabar. Dalam masa 3 - 4 tahun ini, saya perlu bijak membahagikan masa antara keluarga, pelajaran dan juga kerjaya. Ia memerlukan komitmen yang tinggi dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi. Walaupun demikian, saya amat bersyukur kerana mendapat sokongan dan galakan daripada isteri saya dalam perkara ini. Insyaallah, saya akan berusaha dengan gigih untuk berjaya dengan cemerlang untuk menggenggam segulung ijazah di UKM ini.
No comments:
Post a Comment