Sejarah Umum Kelab
Merupakan salah satu kelab yang terawal ditubuhkan semasa era awal
penubuhan Liga bola sepak (English football) di England. Sejarah awal penubuhan
Liverpool bermula apabila berlaku konflik perselisihan pesefahaman antara
Everton FC yang pada ketika itu dikenali sebagai St Domingo's F.C. John
Houlding yang merupakan individu penting yang terlibat dalam penubuhan
Liverpool dan bertempat di Sandon Hotel di Anfield beliau mengadakan
perbincangan dengan pengurusan Everton F.C dan mengarahkan untuk keluar dari perkongsian
stadium. Yang menyebabkan Everton bertukar stadium di Goodison Park dan
sekaligus membolehkan Liverpool ditubuhkan secara rasminya pada 15 Mac 1892.

John
Houlding
Pada 3 September 1892, merupakan
perlawanan pertama yang dimenangi oleh Liverpool semasa menentang Higher Walton
FC dengan kemenangan 8-0. Selepas menamatkan saingan dalam Football League
Second Division di tangga pertama akhirnya Liverpool berjaya masuk ke saingan
First Division pada musim 1893–94 dan 28 April 1894 Liverpool tidak memandang
ke belakang lagi dan pada ketika itu merupakan kemenangan pertama untuk saingan
First Division semasa menentang Middlesbrough. Pada tahun 1901,Liverpool
memperolehi kejuaran First Division yang pertama.
Pada tahun 1958–1959 sejurus selepas kekalahan kepada Worcester City FC, pada saingan FA Cup. Bill Shankly telah dilantik sebagai pengurus untuk menggantikan Phil Taylor. Dalam era pimpinan beliau, Shankly telah membuat bnyak sejarah dan tradisi tercipta, antaranya ialah tradisi “The Boot Room” yang dijadikan sebagai ruang untuk pengurus untuk berbincang tentang strategi perlawanan dengan para pemain sebelum memulakan perlawanan.

Tugu Bill Shankly Di Stadium Anfield
Bill Shankly semasa mentakbir Liverpool beliau telah berjaya mendapatkan
FA Cup yang pertama dalam sejarah untuk Liverpool pada tahun 1965.
Disamping itu juga, dalam 15 tahun pentakbirannya, beliau telah
mendapatkan sebanyak 407 kemenangan dari 783 perlawanan, seri 198 dan
178 kalah.
Selepas Bob Paisley bersara pada 1983 tugasnya diambil alih oleh penolongnya iaitu Joe Fagan. Dalam tahun pertama kendalian Joe Fagan, Liverpool mendapat kemenangan League Cup yang kini dikenali sebagai Carling Cup, Football League First Division (dikenali Barclays Premier League) dan Champions League (Liga Juara-Juara). Dan ini merupakan sejarah tercipta di mana Liverpool adalah pasukan pertama yang memenangi 3 kejuaran dalam satu musim.

Bob Paisley
Pada tahun 1985 iaitu pada sebelum aksi Final dalam kejohanan liga
Juara-juara menentang Juventus di Heysel Stadium telah berlaku perkara
yang tradis dimana akibat daripada perkara itu telah menyebabkan 39
orang terkorban. Dan disebabkan daripada perkara ini, Liverpool telah
dikenakan tindakan larangan menyertai aksi di Liga Juara-Juara selama 5
tahun. peristiwa ini dikenang sebagai Heysel Disaster .
Dalam era kepimpinan Kenny Dalglish menjadi pengurus Liverpool dari tahun 1985 – 1991 iaitu selepas pengunduran diri oleh Joe Fagan. Selama 6 tahun kendalian Dalglish dia berjaya mendapat tiga kejuaran Liga dan 2 Piala FA. Dalam sekitar masa 15 April 1989, berlaku sekali lagi prestiwa yang sedih dan sekaligus meragut beratus kematian akibat daripada kejadian berlakunya runtuhan pada stadium semasa aksi perlawanan separuh aksi Piala FA menentang Nottingham Forest. Pertistiwa ini dinamakan Hillsborough Disaster yang sentiasa dikenang oleh penyokong Liverpool pada setiap tahun sehingga sekarang.

Kenny Dalglish
Manakala pada era Gérard Houllier sebagai pengurus Liverpool, juga
berlaku banyak pencapaian telah dicapai anatara nya ialah pada tahun
1998–99 Liverpool mendapat treble dalam Piala tetinggi di Eropah. Iaitu
squad pimpinan Houllier berjaya mendapatkan Piala FA, League Cup
(Carling Cup) dan UEFA Champions League (Liga Juara-juara). Selepas itu
pada tahun 2004 tampok kepimpinan pasukan diambil alih oleh Rafael
Benitez sehingga penghujung musim 2009-2010.

Gérard Houllier
Antara pencapaian semasa kepimpinan beliau adalah Champions League 2005,
Super Cup 2005, FA Cup 2006, Charity Shield 2006. Pastinya jika
dikenang pada era Benitez, pastinya kita akan teringat sejarah dimana
aksi final Liga Juara-Juara di Istanbul semasa menentang Ac Milan, yang
meyaksikan bagaimana kebangkitan Liverpool apabila ketinggalan 0-3 dan
berjaya mengejar kembali kedudukan pada 3-3 dan seterusnya menang 3-2
dalam penentuan sepakan penalti. Kemudian akibat daripada persembahan
buruk Liverpool pada musim 2009/10 akhirnya Liverpool memecat Benitez
dan digantikan dengan Roy Hodgson.

Rafael Benitez
George Gillett dan Tom Hicks mula menjadi pemilik Liverpool pada
sekitar musim 2006–07 dan menaburkan perlbagai janji kosong yang
sebenarnya hanya untuk mengaut keuntungan apabila hendak menjual kelab.
Dan pada October 2010, New England Sports Ventures (NESV) yang diketuai
oleh John W. Henry mengambil alih Liverpool setelah banyak rintangan
berlaku semasa proses pengambil alihan itu termasuklah pertembungan di
dalam mahkamah. Setelah pemergian Hodgson, Henry melantik Kenny Dalglish sebagai
pengurus Liverpool buat kali yang kedua. Pelantikan itu merupakan berita
yang menggembirakan buat peminat-peminat Liverpool yang selama ini
menyanjungnya dan memberikan dia nama gelaran "King Kenny". Namun pada pada 16 Mei 2012, Dalglish telah dipecat kerana kegagalannya
membawa kelab kembali ke Liga juara-juara Eropah, begitu juga keputusan
di dalam Liga Perdana yang begitu mengecewakan. Selepas itu pada 1 Jun 2012, Brendan Rodgers telah diumumkan sebagai pengurus baru Liverpool hingga kini.
No comments:
Post a Comment