Minat utama saya adalah tidak lain iaitu sukan. Di antara sukan yang paling saya gemari adalah bolasepak,badminton, bowling dan lain-lain lagi. Tapi untuk posting yang pertama ini saya akan fokus kepada sukan bolasepak. Semua orang lelaki pasti akan menyukai sukan bolasepak samada dia pernah bermain atau tidak. Untuk Liga Super Malaysia sudah pasti saya adalah penyokong pasukan Perak (asal pun Perak) dan untuk luar negara pula pasukan kegemaran saya dari dulu, kini dan selamanya adalah Liverpool. Selain itu, saya juga minat dengan pasukan Barcelona, AC Milan, Borussia Dortmund dan Benfica.
Di Malaysia, Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan liga yang paling popular jika dibandingkan dengan liga-liga Eropah yang lain. Dihujung minggu, di restoran-restoran mamak terutamanya, semuanya dipenuhi dengan pengunjung yang ingin menyaksikan perlawanan di liga EPL. Di antara kelab-kelab bolasepak Inggeris yang mempunyai peminat yang paling ramai di negara kita adalah Liverpool, Manchester United, Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Tottenham Hotspur.
Salah satu perlawanan yang melibatkan pasukan Liverpool
No comments:
Post a Comment