cityaku

Wednesday, 5 November 2014

Applikasi Komputer

As Salam,


Buat masa ini saya sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi. Untuk semester yang pertama ini salah satu subjek atau kursus yang diambil adalah applikasi komputer.

Sedikit informasi berkaitan subjek ini adalah ia memberi pendedahan tentang konsep asas mengenai sistem maklumat dan penggunaan praktikal aplikasi komputer terkini dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Selain itu, ia juga memperkenalkan konsep teknologi maklumat seperti perkakasan, perisian komputer, sistem pengoperasian, konsep pangkalan data, rangkaian, internet dan telekomunikasi. Elemen utama di dalam kursus ini merangkumi lima aplikasi komputer yang asas bagi kegunaan dalam pengurusan dan perniagaan iaitu aplikasi Microsoft Office yang terdiri daripada Word, Excel, PowerPoint, dan Access. Kursus ini juga meliputi konsep multimedia/hipermedia, asas bahasa pemprograman (HTML) serta pembangunan blog menggunakan platform blogspot (www.blogger.com).

No comments:

Post a Comment