cityaku

Sunday, 23 November 2014

TNB


Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia dengan aset berjumlah hampir RM99 bilion. TNB disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia dan mempunyai tenaga kerja melebihi 34,900 orang (Kumpulan) bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan yang berjumlah kira - kira 8.4 juta di Semenanjung Malaysia, Sabah & Labuan. TNB memainkan peranan yang penting dalam kemakmuran nasional, ekonomi dan sosial negara dengan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan boleh berdaya harap.

Perniagaan teras TNB merupakan penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik. Di Semenanjung Malaysia, TNB adalah penyumbang utama kepada kapasiti industri keseluruhan menerusi enam stesen haba (Thermal Stations) dan  tiga janaelektrik hidro utama (Hydroelectric). TNB juga mengurus dan mengendalikan Grid Nasional, iaitu rangkaian penghantaran komprehensif yang merentasi Semenanjung Malaysia. Grid ini memautkan stesen - stesen janaelektrik TNB dan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kepada sistem rangkaian pembahagian. Grid ini juga tersaling-hubung kepada sistem penghantaran Thailand di Utara dan sistem penghantaran Singapura di Selatan. Rangkaian pembahagian TNB diuruskan melalui sistem pembahagian yang komprehensif, pusat-pusat perkhidmatan pelanggan dan pusat-pusat pengurusan panggilan.

Pada masa ini, TNB juga terlibat dalam pelbagai kegiatan yang berhubung dengan industri tenaga. Menerusi subsidiari-subsidiarinya, TNB terlibat dalam pengeluaran alatubah, perkakas suis dan kabel bervoltan tinggi; penyediaan perkhidmatan perundingan professional, perkhidmatan dan kerja-kerja kejuruteraan senibina, awam dan elektrikal, membaik-pulih dan penyenggaraan serta perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan, pembangunan hartanah dan pengurusan.

Bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang mampan dan bagi menyokong wawasan strategik kepimpinan globalnya, TNB secara berterusan berusaha meningkatkan kecekapan tenaga kerjanya menerusi program-program yang berstruktur. Dalam memajukan modal insan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah ditubuhkan bagi menghasilkan individu-individu yang serba boleh  dalam pelbagai bidang.

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, TNB juga menitikberatkan peranannya di dalam komuniti bagi memastikan masyarakat menerima faedah dan manfaat daripada usaha-usaha kami. Sebahagian utama program-program kemasyarakatan TNB bernasib baik serta bagi pembangunan sukan dan seni negara.






 









No comments:

Post a Comment