cityaku

Friday, 2 January 2015

Shiraz, Part 2

Aku tiba di Shiraz lebih kurang pada pukul 3.00 pagi. Apabila menjejaki ke bumi Iran ini aku mendapati bahawa di sana keadaannya tidak ubah seperti di zaman 80-90an. Ini berikutan sekatan ekonomi yang dibuat oleh kuasa-kuasa besar dunia. Walaupun demikian, mereka juga tidak terlepas daripada pembangunan kepesatan ekonomi & teknologi masa kini. Di  Iran, separuh daripada lelaki mempunyai nama Ali. Ini disebabkan pengaruh Syiah yang amat kuat. Jika perempuan, nama paling popular ialah Zahra, iaitu gelaran kepada isteri Saidina Ali, Fatimah Al-Zahra yang juga merupakan puteri Nabi Muhammad s.a.w. Di sana  juga, terdapat masjid untuk puak sunnah & syiah. Kebiasaannya, masjid berfahaman sunnah berwarna terang/putih. Manakala masjid syiah berwarna warni.

Satu lagi perkara yang wajib diketahui adalah, di Iran semua kad kredit dan debit tidak diterima di sini. Kebiasaannya, kita bawa dalam mata wang USD / Euro dan boleh ditukar di beberapa pusat pertukaran wang serta bank tertentu sahaja. Semasa aku pergi ke sana dalam tahun 2011, Kerajaan Iran tidak mengenakan VISA kepada orang Malaysia. Tetapi pada masa kini rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke sana perlu memohon VOA (Visa On Arrival) di lapangan terbang. Selama lebih kurangseminggu di sana, banyak juga tempat yang aku lawati seperti Persepolis, Bazaar, Taman Eram (Eram Botanical Garden), Makam Hafez (Hafez Tomb), Gerbang Al-Qur’an (Quran Gate), Masjid Nasr-e Mulk, Istana Karim khan Zand dan banyak lagi.
Perlu diingat, kad kredit dan debit tidak diterima di semua premis di sini, maka perlu membawa matawang USD / Euro dan boleh ditukar di beberapa pusat pertukaran wang serta bank tertentu.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Perlu diingat, kad kredit dan debit tidak diterima di semua premis di sini, maka perlu membawa matawang USD / Euro dan boleh ditukar di beberapa pusat pertukaran wang serta bank tertentu.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win



Persepolis


Selain Tehran, Isfahan dan Shiraz merupakan dua bandar yang menjadi tumpuan pelancong di Iran. Isfahan terkenal sebagai pusat pentadbiran tamadun Parsi lama, dan Shiraz sebagai tempat asal ramai sasterawan Parsi seperti Hafiz dan Saadi, yang turut juga dikebumikan di sana. Walaubagaimana pun, di antara Isfahan dan Shiraz terdapat tarikan pelancong yang terbesar di Iran iaitu PERSEPOLIS.

Mencuba Aiskrim@Manisan Di Sebuah Bazaar


 
 Berposing Di Eram Botanical Garden


 
Salah Satu Tempat Yang Dilawati 'Hafez Tomb'


 Rumah Tempat Aku Menginap Di Shiraz

 
 Selamat Tinggal Shiraz.








No comments:

Post a Comment