Penghujung tahun 2014 ini kita dikejutkan dengan kejadian banjir yang berlaku di sebelah pantai timur. Yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan. Selain itu beberapa daerah di negeri Pahang, Perak & Terengganu juga mengalami keadaan yang sama. Kejadian banjir pada kali ini adalah diluar kebiasaannya. Ini kerana ada tempat yang tidak pernah dilanda banjir mengalami banjir yang agak teruk. Di daerah Kuala Krai yang mengalami kejadian banjir yang paling teruk misalnya, kejadian banjir tersebut amat dahsyat sekali. Kebanyakan rumah, premis perniagaan, sekolah dan sebagainya habis tenggelam. Rumah keluarga adik ipar saya sendiri di Kuala Krai, tenggelam hingga ke paras bumbung. Di antara daerah-daerah yang paling terjejas teruk adalah daerah Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Kemaman, Temerloh, Jerantut dan Kuala Kangsar. Di bawah ini disertakan gambar-gambar kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.
Keadaan Banjir Di Sekitar Kota Bharu
Banjir Di Gua Musang
Banjir Di Temerloh
Banjir Di Kuala Kangsar
Kita mengharapkan bantuan pelbagai pihak daripada pihak kerajaan, swasta, badan-badan NGO, orang perseorangan dan sebagainya dalam menangani masalah banjir ini. Dan tidak lupa juga kita harus mengambil iktibar di atas kejadian banjir pada kali supaya menjaga alam sekitar kerana setiap kejadian itu pasti ada penyebabnya.
No comments:
Post a Comment