cityaku

Monday, 5 January 2015

Raket Badminton

Permainan badminton merupakan antara sukan yang paling popular di dunia. Sebut pasal badminton, raket merupakan komponen paling penting dalam permainan badminton. Jika sebut je pasal badminton, semua orang dah boleh fikir jenama raket badminton yang mana bagus. Dan secara automatiknya, hampir kesemuanya akan memilih jenama Yonex. Ye, jenama Yonex memang telah dikenali sebagai jenama no 1 dalam sukan badminton dan mempunyai kualiti yang bagus. Akan tetapi, jenama Yonex ini juga seperti mana jenama-jenama yang lain, mempunyai jenis-jenis raket yang tersendiri. Tidak semua orang boleh serasi dengan raket yang dibeli walaupun harga yang dibeli itu menjangkau ribuan ringgit.

 Nama Bagian Pada Raket
 Komponen-Komponen Raket


Untuk membeli sesuatu jenis raket, kita harus melihat kepada titik keseimbangan pada raket itu sendiri. Caranya adalah ambil raket yang hendak dibeli itu, letakkan jari telunjuk anda di tengah raket tersebut (seperti gambar di bawah). 

 
  • Jika jari telunjuk anda lebih dekat dengan frame/atau kepala raket maka raket jenis ini adalah raket power.
  • Jika jari telunjuk anda lebih dekat dengan pegangan raket, maka ini adalah raket jenis control.
Yonex, Li Ning, Apacs, Fleet, Gosen, Victor adalah antara beberapa jenama popular raket badminton. Li Ning dan Yonex antara raket yang termahal. Adidas juga mencuba nasib untuk memasuki pasaran badminton pada tahun 2013 tetapi rasanya sukar nak bersaing dengan jenama yang sedia ada. Memilih raket yang mahal dan mengikut trend jenis raket permain profesional bukan bermakna bagus untuk anda. Raket yang paling mahal belum tentu sesuai untuk anda. Mungkin jugak betul bagi sesetengah orang. Ini kerana raket hi end yang mahal biasanya mempunyai shaft yang stiff. Bagi anda yang masih baru, mungkin memberi masalah kerana belum cukup kekuatan tangan dan kelajuan hayunan. Jadi sebelum membeli raket, kita perlu membuat 'research' terlebih dahulu.
 

Gaya Permainan
  • Menyerang (Offensive) atau kuat smash, raket yang dipilih jenis 3U atau 2U dengan balance point 285-300(head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau stiff
  • Bertahan (Defensive) dan control, raket yang digunakan jenis 4U atau 3U dengan balance point 270-285(head light) dan fleksibiliti raket madium atau flexcible.
  • Seimbang (Defensive & Offensive) boleh memilih raket jenis 3U, balance point 275-285(neutral) dan fleksibiliti medium flex.

Spesifikasi Raket
  • Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible
  • Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)
  • Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.25″) ini ukuran untuk Yonex, untuk jenama-jenama lain, lagi besar nombor, bermaksud lagi besar la saiz grip.
  • Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)
  • Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)
  • Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long
  • Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.
Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi orang yang masih baru, memilih raket yang 'balanced' adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang perlu dipilih adalah:
Bahan : hanya raket carbon/graphite
Bentuk : Isometric
Berat : Medium(84-86g)
Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)
Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)
Fleksibiliti : Medium Stiff
Ketegangan Tali : 25 lbs dan ke atas

Sekarang kita sudah boleh senaraikan jenis-jenis raket yang mempunyai spesifikasi seperti diatas. Kemudian bolehlah membuat pilihan dari segi jenama, rekabentuk, kombinasi warna dan harga. Adalah lebih baik untuk kita meminta nasihat daripada penjual sebelum membeli, mungkin dari situ kita akan mendapat pelbagai maklumat yang belum diketahui. Untuk kali uang pertama, cuba pasang tali pada ketegangan yang biasa antara 23-24 lbs. Setelah lama bermain, kita boleh meningkatkan ketegangan tali mengikut skill, kekuatan dan gaya permainan.

Teknik adalah faktor utama dalam permainan bukannya raket. Sesetengah orang merasakan raket tidak sesuai walaupun dengan perlbagai cara. Masalah ini kadang kala berpunca daripada teknik permainan. Walaupun menggunakan pelbagai jenis raket, tiada gunanya jika bermain dengan teknik yang salah. Tiada jalan pintas, kita perlu rajin berlatih dan meminta nasihat daripada pemain yang lebih bagus. Jadi penggunaan raket pertama dapat membantu dalam mengenali spesifikasi raket dan gaya permainan kerana hanya kita sendiri sahaja yang lebih mengenali serta memahami raket kita.


3 comments:

  1. Berapa modal untuk restring balik racket dekat KL ni?

    ReplyDelete
  2. Biasanya kalau pasang tali raket badminton berapa minit eh

    ReplyDelete