cityaku

Wednesday, 14 January 2015

Tips Keselamatan Selepas Banjir

TNB ada mengeluarkan panduan mengenai tips atau langkah - langkah keselamatan yang perlu diambil selepas banjir melanda. Ini penting bagi mengelakkan perkara yang buruk terjadi seperti terkena litar pintas dan sebagai. Berikut adalah langkah - langkah yang perlu diketahui apabila pulang ke rumah masing - masing.



1.    TIP KESELAMATAN SELEPAS BANJIR : APA PERLU SAYA BUAT?

A.   Periksa sistem pendawaian dan peralatan elektrik di premis (rumah) anda

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan sebelum menggunakan sistem pendawaian dan peralatan elektrik di premis (rumah) anda yang telah dilanda banjir.

Langkah ini penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Langkah pertama : Pemeriksaan sistem pendawaian elektrik

Sebelum menggunakan bekalan elektrik di premis (rumah), sistem pendawaian elektrik (soket, suis, kotak fius, RCD, ELCB, MCCB, MCB, kipas, lampu dll) yang telah terendam dalam air banjir perlu diperiksa dan diuji terlebih dahulu oleh kontraktor pendawaian elektrik (electrical wiring contractor) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Sila rujuk senarai penuh kontraktor berdaftar di laman web Suruhanjaya Tenaga (www.st.gov.my).

Peralatan
Keterangan lengkap
RCD
Peranti Arus Baki (Residual Circuit Device)
ELCB
Peranti Litar Bocor ke Bumi (Earth Leakage Circuit Breaker)
MCCB
Peranti Pemutus Litar Teracu(Molded Case Circuit Breaker)
MCB
Peranti Pemutus Litar (Miniature Circuit Breaker)
                       
Langkah kedua : Pemeriksaan & penggunaan peralatan elektrik

1.  Sebelum memegang peralatan elektrik yang telah terendam dalam air banjir, sila   pastikan bekalan elektrik ke peralatan elektrik berkenaan dimatikan dan plug elektrik bagi peralatan berkenaan dikeluarkan daripada soket elektrik.

2.  Adalah disyorkan semua peralatan elektrik yang telah terendam dalam air banjir, perlu dihantar ke kedai peralatan elektrik untuk pembersihan, pemeriksaan dan pembaikan semula (jika perlu) oleh juruteknik elektrik (technician) di kedai berkenaan.

3.  Sekiranya RCD atau ELCB terlentik (trip) semasa anda sedang menggunakan peralatan elektrik di rumah/kedai, sila asingkan peralatan berkenaan dan mulatugas semula RCD atau ELCB. 

4.  Sila bawa peralatan berkenaan ke kedai peralatan elektrik untuk pemeriksaan dan pembaikan (jika perlu) oleh juruteknik elektrik (technician) di kedai berkenaan.

B.   Awas terhadap talian elektrik yang putus dan jatuh ke tanah

Awas. Jangan menghampiri kawasan berair jika terdapat talian elektrik yang putus dan terjatuh ke dalam kawasan tersebut. Air merupakan pengalir eletrik dan boleh membawa maut. Jangan cuba mengalihkan pengalir elektrik berkenaan dengan tangan atau alat yang boleh mengalirkan arus elektrik

Selain itu, sentiasa awasi tindak-tanduk anak-anak anda dan jauhilah daripada pepasangan elektrik TNB seperti talian atas yang mengendur atau tiang elektrik yang tumbang.

Jika terdapat kejanggalan pepasangan TNB seperti ini di kawasan anda, sila hubungi TNB di 1-5454 dengan segera.

Monday, 5 January 2015

Penghujung Semester

Alhamdulillah, diam x diam semester 1 ini telah sampai ke penghujungnya. Setakat ini semua peperiksaan untuk 'midterm' telah pun selesai. So sekarang ni saya harus menumpukan kepada final exam saja. Hanya ada lagi 2 tutorial yang harus ditempuhi. Pendaftaran subjek untuk semester 2 juga telah selesai. Kad matrik, slip peperiksaan, surat pengesahan dan jadual peperiksaan semuanya telah siap dicetak. Harapan saya semoga segalanya akan berjalan dengan lancar Insyaallah.

TNB Nafi Projek Hidro Elektrik Di Terengganu Penyebab Banjir

Sejak peristiwa banjir yang telah berlaku di pantai timur baru-baru ini, ada pihak yang mempersoalkan bagaimana kejadian banjir ini boleh berlaku. Ya, tiap hujung tahun negara kita mengalami musim tengkujuh & kejadian banjir di pantai timur ini memang berlaku saban tahun. Tetapi kejadian banjir kali ini begitu luar biasa. Ada pihak yang menyatakan kejadian ini berpunca daripada aktiviti pembalakan di Lojing, Gua Musang. Dan ada juga pihak yang mengatakan ianya berpunca daripada pihak TNB yang melepaskan air di empangan di stesen janakuasa serta pembinaan empangan janakuasa hidro baru di Tasik Kenyir. Mereka mengatakan pembinaan empangan Kenyir ini adalah satu projek rahsia kerajaan. Ini adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Kepada mereka yang tidak tahu fakta sebenar lebih elok jangan bercakap kerana akan menimbulkan fitnah. Sebagai pekerja TNB, saya bertanggungjawab untuk memberikan fakta yang sebenar mengenai kejadian banjir yang berlaku ini. Di bawah ini merupakan kenyataan penuh daripada pihak TNB sendiri. 

 rentas TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengatakan TNB punca di sebalik kejadian banjir luar biasa yang berlaku di Kelantan tahun ini. Menerusi satu kenyataan media, Unit Komunikasi Korporat TNB berkata, terdapat berita di media sosial yang membuat tuduhan bahawa pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu (juga di kenali sebagai Projek Kenyir Dua) adalah punca banjir di Negeri Kelantan.

Antara tuduhan yang dibuat ke atas TNB ialah: 

1) Limpahan air dari Projek ini menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan
2) Empangan di Projek ini pecah dan menyebabkan banjir di Negeri Kelantan 
3) Kerja-kerja pembalakan di kawasan Projek telah menyebabkan kawasan tersebut gondol dan ini menjadi punca aliran air yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai &  seterusnya ke Kota Bahru.
4) Projek ini dilaksanakan secara rahsia

TNB tampil menafikan kesemua tuduhan berkenaan dengan memberikan penjelasan bahawa projek itu terletak di Daerah Hulu Terengganu, di kawasan hutan simpan Tembat, di bahagian hilir Tasik Kenyir. “Ia melibatkan pembinaan dua empangan merintasi Sg. Terengganu (Empangan Puah) dan Sg. Tembat (Empangan Tembat) yang mengalir ke Tasik Kenyir. Kawasan tadahan untuk Projek ini terletak di  Terengganu dan dipisahkan daripada  Kelantan oleh banjaran gunung.“Oleh hal yang demikian segala aliran air permukaan (surface run-off) mengalir ke arah kedua-dua sungai tersebut yang akhirnya akan menjadi Tasik Puah dan Tasik Tembat apabila Projek ini siap kelak,” katanya.

Menurut kenyataan itu, air dari Tasik Tembat akan disalurkan melalui terowong lencongan air ke Tasik Puah dan air ini akan digunakan untuk penjanaan di Stesen Permukaan Tembat (15MW) sebelum memasuki Tasik Puah. Air dari Tasik Puah pula akan disalurkan ke Stesen Bawah Tanah Puah (250MW). Selepas penjanaan, air ini akan disalurkan melalui terowong aliran keluar ke Tasik Kenyir. “Lokasi pembinaan empangan-empangan tersebut dipilih untuk mengelakkan pembinaan empangan pelana (saddle dam) dan oleh itu segala pelepasan air adalah melalui Empangan Puah dan Empangan Tembat di mana air pelepasan akan mengalir di aliran asal Sg. Terengganu dan Sg. Tembat dan seterusnya mengalir masuk ke Tasik Kenyir. 

“Adalah mustahil untuk air pelepasan daripada kedua-dua empangan ini untuk merintasi banjaran gunung untuk memasuki Negeri Kelantan. Tiada pelepasan dari Tasik Puah dan perkara ini mustahil untuk dilaksanakan memandang paras air di Tasik Puah setakat 1 Januari 2015 masih di bawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan,” ujarnya. TNB menafikan dakwaan yang mengatakan projek itu dilaksanakan secara rahsia kerana ia dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Malah, katanya, upacara perasmian penakungan Tasik Puah telah dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 1 Oktober 2014 dan upacara perasmian ini telah disiarkan di media massa.TNB sekali lagi menegaskan bahawa projek berkenaan tiada kaitan dengan peristiwa banjir di Negeri Kelantan, malah ia telah berkesan di dalam usaha penebatan banjir dengan mengurangkan kemasukan air ke Tasik Kenyir.

Raket Badminton

Permainan badminton merupakan antara sukan yang paling popular di dunia. Sebut pasal badminton, raket merupakan komponen paling penting dalam permainan badminton. Jika sebut je pasal badminton, semua orang dah boleh fikir jenama raket badminton yang mana bagus. Dan secara automatiknya, hampir kesemuanya akan memilih jenama Yonex. Ye, jenama Yonex memang telah dikenali sebagai jenama no 1 dalam sukan badminton dan mempunyai kualiti yang bagus. Akan tetapi, jenama Yonex ini juga seperti mana jenama-jenama yang lain, mempunyai jenis-jenis raket yang tersendiri. Tidak semua orang boleh serasi dengan raket yang dibeli walaupun harga yang dibeli itu menjangkau ribuan ringgit.

 Nama Bagian Pada Raket
 Komponen-Komponen Raket


Untuk membeli sesuatu jenis raket, kita harus melihat kepada titik keseimbangan pada raket itu sendiri. Caranya adalah ambil raket yang hendak dibeli itu, letakkan jari telunjuk anda di tengah raket tersebut (seperti gambar di bawah). 

 
  • Jika jari telunjuk anda lebih dekat dengan frame/atau kepala raket maka raket jenis ini adalah raket power.
  • Jika jari telunjuk anda lebih dekat dengan pegangan raket, maka ini adalah raket jenis control.
Yonex, Li Ning, Apacs, Fleet, Gosen, Victor adalah antara beberapa jenama popular raket badminton. Li Ning dan Yonex antara raket yang termahal. Adidas juga mencuba nasib untuk memasuki pasaran badminton pada tahun 2013 tetapi rasanya sukar nak bersaing dengan jenama yang sedia ada. Memilih raket yang mahal dan mengikut trend jenis raket permain profesional bukan bermakna bagus untuk anda. Raket yang paling mahal belum tentu sesuai untuk anda. Mungkin jugak betul bagi sesetengah orang. Ini kerana raket hi end yang mahal biasanya mempunyai shaft yang stiff. Bagi anda yang masih baru, mungkin memberi masalah kerana belum cukup kekuatan tangan dan kelajuan hayunan. Jadi sebelum membeli raket, kita perlu membuat 'research' terlebih dahulu.
 

Gaya Permainan
  • Menyerang (Offensive) atau kuat smash, raket yang dipilih jenis 3U atau 2U dengan balance point 285-300(head heavy) dan fleksibiliti raket Extra Stiff atau stiff
  • Bertahan (Defensive) dan control, raket yang digunakan jenis 4U atau 3U dengan balance point 270-285(head light) dan fleksibiliti raket madium atau flexcible.
  • Seimbang (Defensive & Offensive) boleh memilih raket jenis 3U, balance point 275-285(neutral) dan fleksibiliti medium flex.

Spesifikasi Raket
  • Fleksibiliti Raket : Extra Stiff(kaku), Stiff, Medium, Extra Flexible & Flexible
  • Berat Raket : 2U(90-94g), 3U(85-89g), 4U(80-84g)
  • Ukuran Grip : G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.25″) ini ukuran untuk Yonex, untuk jenama-jenama lain, lagi besar nombor, bermaksud lagi besar la saiz grip.
  • Titik Keseimbangan : 270-280(Head Light-Defensive), 275-285(Neutral-All Round), 285-295(Head Heavy-Offensive), 295-300(Extra Head Heavy-Offensive)
  • Bentuk Raket : Conventional (Oval biasa) & Isometric (Oval dengan bahagian atas mendatar)
  • Panjang : 26″-Standard & 26.5″-Long
  • Bahan : Aluminium, Modulus Graphite, Super Hi Modulus Graphite, Ultra Hi Modulus Graphite, Nano Carbon, Woven Kevlar, Titanium Composite, Ultra Titanium, G Force Ti, Ultimum Ti.
Semua spesifikasi ini perlu diketahui bagi mendapatkan raket yang sesuai. Bagi orang yang masih baru, memilih raket yang 'balanced' adalah cara paling selamat. Spesifikasi yang perlu dipilih adalah:
Bahan : hanya raket carbon/graphite
Bentuk : Isometric
Berat : Medium(84-86g)
Titik Keseimbangan : Balanced(285-290mm)
Saiz grip : G4/G5 (yonex terminology)
Fleksibiliti : Medium Stiff
Ketegangan Tali : 25 lbs dan ke atas

Sekarang kita sudah boleh senaraikan jenis-jenis raket yang mempunyai spesifikasi seperti diatas. Kemudian bolehlah membuat pilihan dari segi jenama, rekabentuk, kombinasi warna dan harga. Adalah lebih baik untuk kita meminta nasihat daripada penjual sebelum membeli, mungkin dari situ kita akan mendapat pelbagai maklumat yang belum diketahui. Untuk kali uang pertama, cuba pasang tali pada ketegangan yang biasa antara 23-24 lbs. Setelah lama bermain, kita boleh meningkatkan ketegangan tali mengikut skill, kekuatan dan gaya permainan.

Teknik adalah faktor utama dalam permainan bukannya raket. Sesetengah orang merasakan raket tidak sesuai walaupun dengan perlbagai cara. Masalah ini kadang kala berpunca daripada teknik permainan. Walaupun menggunakan pelbagai jenis raket, tiada gunanya jika bermain dengan teknik yang salah. Tiada jalan pintas, kita perlu rajin berlatih dan meminta nasihat daripada pemain yang lebih bagus. Jadi penggunaan raket pertama dapat membantu dalam mengenali spesifikasi raket dan gaya permainan kerana hanya kita sendiri sahaja yang lebih mengenali serta memahami raket kita.


Friday, 2 January 2015

Coretan Banjir

Penghujung tahun 2014 ini kita dikejutkan dengan kejadian banjir yang berlaku di sebelah pantai timur. Yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan. Selain itu beberapa daerah di negeri Pahang, Perak & Terengganu juga mengalami keadaan yang sama. Kejadian banjir pada kali ini adalah diluar kebiasaannya. Ini kerana ada tempat yang tidak pernah dilanda banjir mengalami banjir yang agak teruk. Di daerah Kuala Krai yang mengalami kejadian banjir yang paling teruk misalnya, kejadian banjir tersebut amat dahsyat sekali. Kebanyakan rumah, premis perniagaan, sekolah dan sebagainya habis tenggelam. Rumah keluarga adik ipar saya sendiri di Kuala Krai, tenggelam hingga ke paras bumbung. Di antara daerah-daerah yang paling terjejas teruk adalah daerah Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Kemaman, Temerloh, Jerantut dan Kuala Kangsar. Di bawah ini disertakan gambar-gambar kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini. 


 


  


 

 Keadaan Banjir Di Sekitar Kota Bharu

 

Banjir Di Gua Musang


Banjir Di Temerloh



Banjir Di Kuala Kangsar

Kita mengharapkan bantuan pelbagai pihak daripada pihak kerajaan, swasta, badan-badan NGO, orang perseorangan dan sebagainya dalam menangani masalah banjir ini. Dan tidak lupa juga kita harus mengambil iktibar di atas kejadian banjir pada kali supaya menjaga alam sekitar kerana setiap kejadian itu pasti ada penyebabnya.