cityaku

Monday, 8 December 2014

Shiraz, Part 1

Untuk pertama kalinya, saya telah berpeluang bercuti ke luar negara pada tahun 2011. Iran adalah negara luar pertama yang saya kunjungi kerana menemani kakakku & anaknya bertemu dengan suaminya yang bekerja di sana iaitu di Shiraz, Iran. Saya menaiki pesawat daripada negara Iran sendiri iaitu Mahan Air. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam itu agak meletihkan namun rasa teruja dapat bercuti ke luar negara itu mengatasi segalanya. Untuk yang bahagian pertama ini saya akan ceritakan serba sedikit mengenai Shiraz.

Shiraz


Shiraz merupakan sebuah bandar raya yang padat dan sibuk seperti Isfahan. Ia mempunyai kepadatan penduduk kira-kira 1.5 juta orang. Bandar yang pernah menjadi pusat perdagangan terpenting tamadun Parsi pada ribuan tahun lalu ini terletak di barat daya Iran dan berada di lembah sungai kering bermusim, Roodkhaneye Khoshk. Selain itu, ia juga merupakan salah sebuah bandar raya tertua yang masih wujud sejak zaman kegemilangan tamadun Parsi.Tidak banyak lokasi menarik untuk pelancong asing di sekitar Shiraz. Bagaimanapun, bandar ini menjadi tumpuan utama penganut Syiah untuk menziarahi makam tokoh-tokoh ilmuan mereka seperti Hafiz Saadi, Khaju Kermani dan Shah Shoja. Namun, terdapat satu persamaan menarik antara Isfahan dengan Shiraz mahupun Teheran dan bandar utama lain di Iran iaitu mempunyai bazar yang besar. Bazar besar di Kota Puisi Shiraz menempatkan para peniaga yang menjual pelbagai jenis barang seperti buah kurma dan pakaian.









No comments:

Post a Comment