cityaku

Wednesday, 3 December 2014

HTML

Untuk kelas applikasi komputer pada minggu yang lalu, kami telah belajar html iaitu singkatan bagi Hyper Text Markup Language. HTML digunakan untuk membangun suatu halaman Web. Sekalipun banyak orang menyebutnya sebagai suatu bahasa pemprograman, HTML sebenarnya bukan bahasa pemprograman tetapi adalah adalah suatu bahasa mark up. HTML digunakan untuk melakukan mark up (penandaan) terhadap sebuah dokumen teks. Tanda tersebut digunakan untuk menentukan format atau style dari teks.

Secara ringkasnya, html ini adalah bahasa yang digunakan untuk pembinaan sesebuah laman web. HTML memang tidak dapat dipisahkan daripada laman web kerana ia adalah asas utama kepada sebuah laman web. 


Secara mudah, berikut adalah kerangka asas untuk kod HTML:
*************
<html>

<head>

<title>Tajuk Laman Web</title>



Bagaimana html Berfungsi

Seperti yang anda tahu, File HTML berada di dalam Server dan tugas Server ialah memastikan File-File laman web yang mengandungi kod-kod HTML berfungsi dengan baik. Laman web yang mengandungi kod-kod HTML tadi sebenarnya adalah bahasa yang difahami oleh Browser. Kod-kod (dipanggil juga sebagai tag) seperti <HTML>, <TABLE>, <BODY> dan banyak lagi adalah sebuah bahasa yang difahami oleh Browser seperti Internet Explorer, Chrome, Firefox, Safari, Opera dan lain-lain pelayar.

Jadi, untuk menghasilkan laman web yang lengkap dan ‘cantik’, kita tetap perlu menghasilkan laman web itu dalam bentuk HTML agar Browser (seperti Firefox, Internet Explorer, dan lain-lain) ‘faham’ apa yang perlu dilakukan. Sebab itulah HTML dipanggil sebagai sebuah ‘bahasa’ iaitu bahasa yang difahami oleh Server dan Browser.
Secara mudah, ini adalah proses sebelum sesebuah laman web dijana:

Server (Kod HTML) -> Browser -> Laman Web Dipaparkan

Pengguna Internet (pelawat laman web) akan menggunakan Browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox untuk melawati sesebuah laman web. Apabila URL laman web ditaip, Browser sebenarnya akan melakukan ‘request’ kepada Server di mana laman web itu berada. Kemudian, Server akan membalas ‘request’ itu dan Browser laman web akan mula mengakses laman web tersebut. Mengakses di sini bermaksud Browser mendownload kod-kod HTML laman web tadi ke komputer yang anda gunakan dan menterjemahkan kod tersebut kepada sebuah laman web yang difahami dan boleh dilayari.



No comments:

Post a Comment