Stadium Anfield telah dibina pada tahun 1884 yang besebelahan dengan Stanley Park,yang
pada mulanya digunakan oleh sebuah lagi kelab jiran iaitu Everton FC sebelum mereka
ke stadium baru pada 1892 iaitu Goodison Park setelah berlaku
pertikaian dengan pemilik tanah iaitu John Houlding.
Stadium Anfield
The Kop
Dalam tahun 1906, teres bertingkat untuk penonton dibina dan diberikan nama Spion Kop, mengambil sempena bukit di Natal, Afrika Selatan, yang menjadi medan pertempuran Perang Boer Kedua. Di pertempuran itu, lebih 300 orang anggota Tentera British daripada Rejimen Lancashire gugur, kebanyakannya berasal dari Liverpool. Pada kemuncaknya, The Kop pernah menempatkan 28,000 orang penonton. Selepas Tragedi Hillsborough, peraturan baru mensyaratkan The Kop ditukar menjadi teres tempat duduk. Kapasiti penonton adalah 12,409.
Main Stand
Dibina semula dalam tahun 1973 dan boleh menempatkan 12,277 orang penonton.
Centenary Stand
Dikenali sebagai Kemlyn Road Stand. Dibina semula sebagai sambutan
ulangtahun 100 tahun Liverpool F.C. kapasiti penonton adalah 11,762
orang.
Anfield Road Stand
Dibina semula tahun 1998, dan kini boleh memuatkan 9,074 penonton. Penyokong-penyokong pasukan lawan ditempatkan di sini.
Kapasiti
Kapasiti yang boleh ditampung di Anfield ini adalah sekitar 45,362
orang penonton dalam sekali masa. Jika dilihatkan kepada sejarah
sebenarnya kapasiti penonton sekitar tahun 1990-an, sebenarnya Anfield
mampu memuatkan sehingga 60.000, tetapi disebabkan kejadian bencana
Hillsborough disaster pada 1989, maka keputusan untuk mengurangkan
jumlah penonton kepada jumlah yang lebih sesuai iaitu sekitar 45,362.
Hal ini dilakukan adalah untuk mengelakkan daripada berulangnya
peristiwa dinding stadium runtuh yang menyebabkan kematian.
Pada Mei 2002. disebabkan penurunan kapasiti jumlah penonton dan
pertambahan jumlah penonton,maka pihak pengurusan Liverpool telah
merancang untuk membina stadium yang baru yang bertempat Stanley Park.
Dan pada Julai 2004 pihak tertinggi pengurusan telah memberikan lampu
hijau untuk membina stadium baru tersebut, ini diikuti dengan pelan
tindakan pada September 2006, dimana Liverpool City Council ataupun
lebih senang dipanggil majlis perancangan bandar di Liverpool telah
bersetuju untuk menyewakan tanah dimana lokasi stadium baru tersebut
hendak dibina selama 999 tahun.
Pada Februari 2007 diikuti pengambilalihan kelab oleh George Gillett dan Tom Hicks, dan kedua ahli perniagaan Amerika ini telah menyatakan pesetujuan untuk membina stadium baru dan mereka mahu memberikan dana yang secukupnya untuk mamastikan pembinaan berjalan lancar. Tetapi proses pembinanan mengalami sedikit masalah di mana pada Mei 2008 dihentikan kerana pemilik Liverpool pada ketika itu mengalami masalah hutang sebanyak £300 juta.
Pada 15 Oktober 2010 dengan kemasukan pemilik baru iaitu New England Sports Ventures (NESV) telah menyatakan hasrat mereka untuk menyambung kembali proses pembinaaan stadium.

Shankly Gates Yang Penuh Dengan Sejarah
Melwood
Melwood adalah pusat latihan untuk pemain-pemain Liverpool dan tiada kaitan dengan The Academy, yang terletak di Kirkby. Melwood terletak di kawasan West Derby dan sudah digunakan sebagai pusat latihan Liverpool sejak tahun 1950-an lagi. Padang pusat latihan ini dahulunya milik sekolah St. Francis Xavier,
sebuah sekolah tempatan. Dua orang guru sekolah tersebut, Father
Melling dan Father Woodlock menghabiskan masa luang mereka mengajar
budak-budak bermain bola. Untuk memperingati mereka, nama Melwood
diberikan dengan menggabungkan nama mereka berdua. Pada tahun 1959, Melwood di dalam keadaan tidak terjaga. Bill Shankly
menukarkan tempat tersebut menjadi satu pusat latihan yang moden dan
tiada tandingannya. Dalam tahun 2001, Liverpool membangunkan Millennium
Pavilion, satu kemudahan moden untuk kegunaan pemain dan jurulatih. satu
kawasan tertutup disediakan untuk penonton jemputan. Kebiasaannya
laihan bermula jam 9.00 pagi dan melibatkan sesi pagi dan sesi petang.
Sejarah lagu You'll Never Walk Alone
Asal usul sebenar lagu You'll Never Walk Alone yang selalu kedengaran dan dinyanyikan oleh penyokong Liverpool adalah sebenarnya bedasarkan kepada persembahan muzikal di Broadway yang seperti sememangnya dikenali sebagai landasan insan seni teater untuk mempersembahkan persembahan mereka.
Pertama kali lagu ini, diperdengarkan di khalayak ramai adalah semasa teater muzikal yang benama Carousel dipesembahkan pada tahun 1945. Dan penyanyi pertama mendendangkan lagu ini adalah Christine Johnson Smith. Bermula pada sekitar era tahun 1960 Liverpool dan seluruh penyokong Liverpool mula menggunakan lagu keramat ini sebagai acara rasmi sebelum squad Liverpool bermain di mana-mana perlawanan.
Dan pada 1963 dengan secara rasminya tiga ahli muzik yang terkenal di Liverpool iaitu Liverpudlian, Merseybeat dan Gerry & The Pacemakers pada era masa tersebut telah bergabung tenaga untuk membuat rakaman dan sekaligus menjadikan lagu ini sebagai satu simbolik kepada seluruh penyokong Liverpool. Dan perkataan You'll Never Walk Alone ini juga diletakkan di Shankly Gates yang merupakan pintu masuk utama untuk masuk ke stadium rasmi Liverpool iaitu Anfield.

Lagu-lagu lain yang menjadi kegemaran di Anfield adalah lagu Poor Scouser Tommy, Fields of Anfield Road, Liverbird Upon My Chest, We've Won It Five Times dan Ring Of Fire.
Penyokong Liverpool Menyanyi Lagu Keramat Mereka You'll Never Walk Alone