Ipoh, Bandar Bijih Timah
Suatu ketika dahulu, Ipoh
dikenali sebagai ‘Bandaraya Bijih Timah
Negara’ disebabkan oleh aktiviti perlombongan disini suatu ketika dahulu. Bandaraya Ipoh hari ini merupakan sebuah bandaraya yang diiktiraf sebagai ibu negeri Perak kerana di sinilah pusat bagi
perkhidmatan, pentadbiran,perdagangan dan
perindustrian dijalankan. Jika dilihat dari segi sejarah, bandaraya Ipoh mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Secara geografinya, bandaraya Ipoh
terbahagi dua oleh Sungai Kinta dan dikenali sebagai pekan lama dan pekan baru.
Sejarah perkembangan bandar Ipoh bermula di pekan lama
ketika era perlombongan bijih timah.
Ketika pemerintahan Raja Melayu, Ipoh hanyalah sebuah perkampungan yang kecil. Perubahannya hanya mula berlaku ketika pemerintahan kerajaan Inggeris kira-kira tahun 1877.
Sejak itu, ia mula bertukar menjadi
bandar dan menjadi tumpuan umum terutama sekali kaum Cina yangdatang dari Pulau Pinang untuk mencuba nasib di Perak.
Banyak rumah kedai mula dibina dan bandar
Ipoh menjadi semakin membangun.Pada tahun
1890, bandar Ipoh mula menjadi bandar kedua terbesar di Perak selepas Taiping. Kebangkitan bandar Ipoh ini
dapat dilihat dengan terbinanya rumah
kelab, panggung wayang Cina dan pasar yang besar. Pada tahun 1892, bandar Ipoh talah mengalami kebakaran
besar dan telah memusnahkan hampir satu
pertiga daripada rumah-rumah yang ada di sini.Namun begitu, pada tahun 1893, kemusnahan itu telah dibaiki dengan terbinanya banyak rumah batu yang lebih baik
sebagaimana yang dapat dilihat dengan
jelas kini. Pembinaan rumah kedai turut bertambah dengan pesatnya kesan daripada pembinaan jalan keretapi Lembah Kinta
di antara Ipoh dan Batu Gajah yang
digunakan untuk membantu industri perlombongan dan perniagaan berjalan dengan lebih lancar.
Disebabkan kebanyakan
aktiviti perdagangan dan perniagaan berlaku di sebelah barat Sungai Kinta, maka kawasan berkenaan telah di rizabkan
sebagai kawasan bangunan pentadbiran dan
institusi oleh kerajaan Inggeris dan kebanyakan
kesan peninggalan bangunan warisan masih dapat dilihat dengan jelas di sekitar kawasan ini.
Bandaraya Ipoh
Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi
tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah
sekitarnya. Sehingga
tahun 1980-an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh
dengan kawasan-kawasan lain dalam atau luar negeri Perak. Selepas tahun
1874, perkembangan daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan
melalui Sungai Kinta. Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu
memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi
kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bharu dan
seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah. Ipoh telah menjadi bandar yang terbesar di
negeri Perak dan kedua besarnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
tahun 1895. Pada masa itu juga perhubungan jalanraya antara Ipoh dengan
tempat-tempat lain di lembah Kinta diperbaiki. Jambatan kayu
menyeberangi sungai Kinta diganti dengan jambatan besi pada tahun 1900.
Di antara tahun 1905-1914, kawasan
pentadbiran bandar Ipoh berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan
di sini wujudnya pekan baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen
keretapi, hotel, dewan bandaran (town hall), dan pejabat pos juga
dibina. Begitu juga panggung wayang dan kenderaan bermotor telah mula
mengambil tempat di Ipoh.
Pada
27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah
mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul
Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya
Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Sebagai
Ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran,
perdagangan, sukan, kebudayaan, kewangan, politik, keagamaan dan juga
pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh
terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar
yang dinamik dan unggul.
Nama Ipoh
Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka. Ipoh mendapat status bandar raya pada 27 May 1988, oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah.
Ia terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar
Lama Ipoh. Kini, "Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis
Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap
masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor,
Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah
Bandaraya Ipoh.
Pokok Ipoh
Populasi Penduduk
Majoriti penduduk di Ipoh adalah terdiri daripada kaum Cina. Dialek
Cina Kantonis adalah bahasa pengantar orang-orang Cina di sini walaupun
terdiri daripada kebanyakan kumpulan dialek Cina Hakka, dan Cina
Kantonis. Kebanyakan penduduk di Ipoh bertumpu di Menglembu, Buntong,
Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh menjadikan keluasan bandaraya
Ipoh menjadi semakin besar jika diambil kira pekan-pekan yang terdapat
di sekitar pinggir Bandaraya Ipoh. Sehingga kini, Ipoh menjadi bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru disebabkan kepesatan pembangunan di bandar-bandar tersebut.
Destinasi Pelancongan
Lost World of Tambun
Merupakan tarikan dari Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun, Lost
World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak.Ia akan membawa
anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama-sama keluarga
dan rakan-rakan.Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu
kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik
sehingga membuatkan anda ingin datang kembali.
Lost World Of Tambun
Muzium Darul Ridzuan
Muzium ini terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh yang
berhampiran dengan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perak.Telah dibuka pada tahun 1992 dan bangunan muzium telah dibina
lebih dari 100 tahun yang lalu.Ia memaparkan pelbagai jenis artifak
menarik yang berkaitan dengan sejarah dan pembangunan bandar Ipoh
terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.
Muzium Darul Ridzuan
Tokong Gua
Sepanjang Jalan Gopeng, kelihatan banyak tokong-tokong gua yang
merupakan kebangaan Ipoh. Nam Tin Tong, Koon Yam Tong, Sam Poh Tong,
Ling Sen Tong merupakan antara tokong-tokong ternama di situ. Dinding
gua dihiasi dengan pelbagai lukisan dan kaligrafi Cina yang berunsurkan
agama Tao dan Buddha. Do Jalan Kuala Kangsar pula tokong gua yang paling popular adalah Perak Tong.
Tokong Paloh Ku Miew
Paloh Ku Miew ialah tokong tertua di Ipoh, yang menyembah Tai Pak Koong, dewa tempatan yang melindungi kaum Cina apabila mereka mula-mula menetap di Ipoh. Antara penyumbang utama kepada tokong ini ialah Yau Tet Shin,
seorang pelombong yang sangat terkenal pada masa itu. Tokong ini dapat
dilihat daripada jambatan Hugh Low Street (Jalan Sultan Iskandar) yang
memisahkan pekan baru dengan pekan lama Ipoh.
Masjid Panglima Kinta
Masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta. Masjid ini terletak di
pekan baru Ipoh. Masjid ini juga dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi
umat Islam bersembahyang dan melakukan Ibadah. Masjid ini terletak di
jalan yang sama dengan kedai keranda.
Masjid Panglima Kinta
Taman Dr Seenivasagam
Taman yang terletak di tengah bandar Ipoh ini merupakan salah satu
taman yang lama dibina di Ipoh , sesuai untuk pengunjung melepaskan
lelah dan beriadah kerana taman ini mempunyai trek motorsikal mini,
kolam ikan, tasik serta padang yang agak luas. Taman ini jugak mempunyai
replika taman diluar negara, iaitu Taman Jepun yang hanya terletak
bersebelahan dengan pintu masuk utamanya.
Taman Dr Seenivasagam
Bandaraya Ipoh
Struktur bangunan yang terdapat di bandaraya Ipoh sangat Unik dan
bersejarah, banyak bangunan lama yang di cantikkan dan berwarna warni
menjadikan Ipoh sangat terkenal dgn bangunan bersejarah yg cantik. Pada
masa sekarang MBI dalam usaha membaik pulih semua bangunan lama untuk
cantikkan dan jadikan sebagai tarikan pelancong.
Kinta Riverfront
Destinasi baru yang menarik di Ipoh. di Kinta Riverfront terdapat
sebuah hotel baru. Pemandangan menarik di sini adalah sekitar Sungai
Kinta yang dihiasi dengan Lampu LED sepanjang sungai kinta dihadapan
hotel Kinta riverfront menjadikannya jolokan I-city Ipoh. Selain itu,
Jambatan2 terkenal diseluruh dunia dibina dalam saiz mini disepanjang
sungai kinta ini menjadikan ianya sangat menarik sebangai destinasi
bergambar. Ianya satu destinasi baru bagi ipoh dan pembinaannya masih
belum siap sepenuhnya.
Kinta Riverfront, Ipoh.